Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu saya ucapkan Selamat Datang ke Portal Pejabat Tanah Besut. Sejajar dengan perkembangan semasa yang menekankan kepada penggunaan ICT dalam urusan seharian, Pejabat Tanah Besut komited bagi menyediakan Portal yang mesra pengguna dalam penyampaian perkhidmatannya.

Pejabat Tanah Besut juga dalam usaha meningkatkan kualiti dalam perkhidmatannya. Tiga inovasi dan Best Practices utama telah dibangunkan dalam usaha mentransformasikan sistem penyampaian kepada pelanggan dan pada masa yang sama boleh mempercepatkan proses kerja bagi semua kakitangan.

Sistem Permohonan Permintaan Ukur Berkomputer (SPPUB) yang telah dibangunkan banyak membantu Penolong Pegawai Tanah dalam menyediakan pelan ukur mengantikan konsep permohonan secara manual kepada permohonan secara sistem. Ianya dapat memendekkan lagi masa yang diperlukan bagi proses berkenaan diselesaikan.

Inovasi ke dua yang dilaksanakan di Pejabat Tanah Besut ialah Penyelesaian Tunggakan Hakmilik Sambungan Selepas Pengambilan Balik Tanah (Borang K). Inovasi ini meliputi penyediaan proses kerja yang lebih sistematik bagi meyelesaikan masalah pengeluaran hakmilik sambungan setelah selesai proses pengambilan balik sesuatu tanah.

Kewujudan Balai Khidmat Pelanggan yang berkonsepkan One Stop Center meliputi Perkhidmatan Majistret dan Penghulu Mukim, Semakan E-Kasih, Semakan E-Selamat, Penyaksian Suratcara dan lain-lain perkhidmatan telah banyak membantu memudahkan urusan kepada pelanggan. Balai Khidmat Pelanggan yang dilengkapi dengan Kaunter Pandu Lalu Bayaran Hasil juga merupakan inovasi yang boleh dibanggakan oleh semua warga Pejabat Tanah Besut.

Akhir kata, saya mengalu-alukan pandangan membina daripada pengunjung laman web ini bagi memantapkan lagi pengurusan Pejabat Tanah Besut dan kemudahan yang disediakan. Selamat melayari Portal Rasmi Pejabat  Tanah Besut dan diharap tuan/puan akan terus mengunjunginya lagi pada masa hadapan.

 

 

 

Sekian, terima kasih.


TUAN HAJI SHAHIDAN BIN EMBOK

 

(Pentadbir Tanah Besut)