Assalamualaikum dan Salam Sejahtera........

Selamat Datang dan terima kasih kerana meluangkan masa melayari Laman Web Pejabat Tanah Kemaman.

Dalam era kini, Teknologi maklumat sudah menjadi satu trend dan juga keperluan dunia masa kini, di mana kita boleh memperoleh dan bertukar-tukar maklumat di mana sahaja dengan lebih mudah. Keperluan mendesak dunia sekarang terhadap bidang teknologi yang berasaskan teknologi maklumat (IT). Penguasaan maklumat memberi competitive advantage untuk berada di puncak.Dengan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang serba canggih dalam dunia tanpa sempadan, kita tidak mampu untuk merangkak di belakang jika kita berhasrat untuk bersaing di komuditi global.

Dalam pada kita sibuk untuk memastikan pencapaian matlamat, misi dan visi organanisasi, pelaksanaan tugas seharian juga menuntut kita melaksanakan fungsi memungut, mentafsir dan menyebar maklumat. Tidak kira di mana kita bertugas dan apa jawatan yang di sandang, kita kini berhadapan dengan berbagai cabaran dalam usaha mewujudkan kumpulan pengurusan dan pekerja yang berpengetahuan. Sesiapa yang menguasai maklumat, merekalah yang menguasai ilmu. Suka atau tidak kita mesti menghadapi ledakan kemajuan ini dan menguruskannya sebijak mungkin. Teknologi maklumat ini banyak mendatangkan manfaat dan faedah selagi ianya tidak disalahgunakan.

Selaras dengan hasrat Kerajaan supaya semua agensi kerajaan berfungsi dalam suasana kerajaan elektronik, Pejabat Tanah Kemaman sedang berusaha mempertingkatkan kapasiti teknologi maklumatnya bagi penyaluran dan penyebaran perangkaan kepada pengguna-pengguna data.

Kepada semua para pengunjung laman web ini, saya mengucapkan selamat datang dan menggalakkan supaya ianya disebarkan kepada orang ramai agar kita dapat perkongsian maklumat bersama. Jika tuan/puan mempunyai idea dan komen-komen untuk memperbaiki lagi laman web ini amat saya alu-alukan.

Akhir kata, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua staf yang terlibat dalam pembangunan laman web yang boleh memberikan sedikit informasi kepada para pengunjung laman web ini. saya berharap agar laman web ini akan terus dikemaskini dengan bahan-bahan berita yang terkini dan menarik serta mempunyai lebih banyak informasi mengenai dunia global dan perkembangan di Pejabat Tanah Kemaman.

 

ROSMAN BIN ROSLAN

Pentadbir Tanah Kemaman