15 Disember 2016, Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman telah mengambil bahagian dalam Majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) dan Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA) Tahun 2016 dalam kategori Anugerah Inovasi Pentadbiran Daerah dan Tanah (AIPDT) serta Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan (AIPK).

Majlis anugerah ini telah diadakan di Dewan Ballroom Hotel Marriot Putrajaya. Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman telah dinobatkan sebagai pemenang tunggal bagi kategori Anugerah Inovasi Pentadbiran Daerah dan Tanah (AIPDT) dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM150 ribu, sijil pengiktirafan dan piala iringan.

Manakala bagi kategori Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan (AIPK), Pejabat Daerah Kemaman telah disenaraikan sebagai tiga terbaik seluruh Negara.