29 Disember 2016 - Satu majlis perpisahan telah diadakan bagi meraikan kakitangan-kakitangan yang telah bersara dan bertukar ke jabatan lain. Kakitangan yang bersara adalah Encik Hasnan bin Ahmad,Penolong Pegawai Tanah dan Encik Rezali bin Sulong, Pembantu Tadbir Kanan PTKN. Sementara kakitangan yang bertukar ialah Cik Nor Harnani binti Mohamad,Penolong Pegawai Tadbir PTKN , Encik Nasrudin bin Abu Bakar,Penolong Pegawai Tadbir PDKN, Encik Wan Mansor bin Wan Ismail,Pembantu Tadbir PDKN dan Puan Zaiton binti Abdul rahman, Pembantu Tadbir PDKN. Pentadbiran ini mengucapkan jutaan terima kasih atas segala jasa serta komitmen yang dicurahkan dan diucapka selamat maju jaya di tempat baharu.