Lab Bajet Terengganu 2017 27 Oktober 2016 - Satu Siri Jelajah 'Budget Lab Terengganu Tour 2017 ' telah diadakan oleh Kerajaan Negeri Terengganu yang melibatkan semua daerah di Terengganu. Bagi daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus, Bengkel Budget Lab Terengganu Tour 2017 diadakan di Bilik Rekreasi Tingkat 4 Pejabat Daerah Kuala Terengganu. Siri jelajah ini diadakan bagi memberi peluang masyarakat awam menyumbang idea dan cadangan bernas dalam penyediaan Bajet Negeri 2017.