asdasdadadasdad

Kursus Tatatertib dan Tatakelakuan 24 Oktober 2016 - Kursus Tatatertib dan Tatakelakuan telah diadakan pada 24 Oktober 2016 di Bilik Rekreasi Pejabat Daerah Kuala Terengganu untuk semua kakitangan Pejabat Daerah Kuala Terengganu. Ceramah telah disampaikan oleh Penolong Kanan Pegawai Daerah, Encik Mohd Adzhar bin Mohd Zahari.

Lab Bajet Terengganu 2017 27 Oktober 2016 - Satu Siri Jelajah 'Budget Lab Terengganu Tour 2017 ' telah diadakan oleh Kerajaan Negeri Terengganu yang melibatkan semua daerah di Terengganu. Bagi daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus, Bengkel Budget Lab Terengganu Tour 2017 diadakan di Bilik Rekreasi Tingkat 4 Pejabat Daerah Kuala Terengganu. Siri jelajah ini diadakan bagi memberi peluang masyarakat awam menyumbang idea dan cadangan bernas dalam penyediaan Bajet Negeri 2017.