Print
Hits: 1433

 

KUMPULAN OGEH (KIK) HARUMKAN NAMA PEJABAT TANAH MARANG

20 Nov 2017; Kumpulan OGEH Kik Pejabat Tanah Marang telah menghasilkan satu inovasi baru iaitu SMART KAUNTER,  telah dinobatkan sebagai penerima ANUGERAH PEGAWAI KEWANGAN NEGERI, PENARAFAN 4 BINTANG DAN PERSEMBAHAN TERBAIK di dalam Majlis Persada Inovasi Horizon Baharu Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Terengganu.

 

PDT Marang Harumkan Nama Terengganu

  PDF Cetak E-mail

Putrajaya, 16 Dis 2015; Pejabat Daerah Dan Tanah Marang, Terengganu telah mendapat tempat ke dua terbaik dalam Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA) bagi katogeri Anugerah Pengurusan Pentadbiran Daerah dan Tanah (AIPDT) seluruh Malaysia disini.

Menurut  Pegawai Daerah dan Pentadbir Tanah Marang Tuan Haji Mohd Zulkifli Abu Bakar, kejayaan ini adalah satu Tansformasi bagi PDT Marang dan  kerajaan negeri Terengganu.

“Syukur kehadrat Allah SWT kerana kami telah berjaya mengharumkan nama Negeri Terengganu dengan Transformasi Kerajaan yang telah dilakukan”

“kejayaan ini adalah atas usaha semua pihak dan kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Marang yang selama ini berusaha gigih melakukan transformasi”

“Alhamdulillah… kali ini kita telah berjaya mengharumkan nama negeri Terengganu dibawah kepimpinan Yab Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman Menteri Besar Terengganu dengan Transformasi Kerajaan yang dibawa kini”, katanya ketika dihubungi Terengganu Times.

Sehubungan dengan itu penyampai anugerah telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr. Ali Hamsa di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Bagi tempat pertama telah dimenangi oleh Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah dan membawa pulang RM 150 ribu.

Manakala bagi tempat kedua RM 100 ribu dan tempat ke tiga RM 50 ribu beserta dengan sijil
Tema majlis AISA 2015-pada tahun ini ialah ” Memperkasakan Inovasi Mensejahterakan Rakyat”

Sepintas lalu pengenalan

ANUGERAH INOVASI SEKTOR AWAM

Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA) ialah peringkat kedua pengiktirafan yang mengiktiraf penghasilan inovasi dalam empat (4) bidang pengurusan khusus iaitu Pengurusan Kewangan, Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan dan Pengurusan Pentadbiran Daerah dan Tanah.

Proses pemilihan bagi setiap kategori dilaksanakan oleh agensi berikut:

i.    Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan (AIPK) oleh Kementerian Kewangan;

ii.    Anugerah Inovasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (AICT) oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU);

iii.    Anugerah Inovasi Pentadbiran Tanah dan Daerah (AIPDT) oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU); dan

iv.    Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT) oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

 

 

 

SYABAS DAN TAHNIAH TEAM V-SYIT PDF Cetak E-mail

15 September 2015 - Team V-SYIT dari Pejabat Tanah Marang telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan dan  Juara (Kategori Pengurusan) dalam Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman Kali Ke 27/2015.

 

Objektif Konvensyen ini diadakan ialah bagi memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada penjawat awam yang terlibat dalam KIK dengan memberi peluang kepada ahli-ahli KIK membuat persembahan serta untuk membuktikan dan memberi keyakinan kepada penjawat awam bahawa KIK boleh dilaksanakan dalam sektor awam. Selain itu, objektif KIK ini juga untuk menerapkan budaya KIK bagi membantu perkhidmatan awam menyelesaikan masalah berkaitan dengan kerja, mencetus inovasi dan seterusnya membuat penambahbaikan secara berterusan.

 

Terdapat 2 kategori yang dipertandingkan yang melibatkan jabatan negeri dan persekutuan iaitu kategori pengurusan dan kategori teknikal. Penyertaan ini juga merupakan penyertaan kali pertama daripada Pejabat Tanah Marang iaitu dari Kumpulan V-Syit yang bertajuk "Urusan Pertandaan Syit Pejabat Tanah  Tidak Efisien"