Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bersyukur kehadrat Allah S.W.T. yang dengan izin-Nya dapat kita bersama di laman web rasmi Pejabat Daerah & Tanah Marang. Sesungguhnya kita sedang menghadapi era internet iaitu satu revolusi baru yang bersifat global yang berupaya mengubah kehidupan manusia di mana-mana sahaja. Sehubungan dengan itu kami juga tidak mahu ketinggalan dalam arus Teknologi Maklumat atau Information Teknologi (IT).

Pejabat Daerah & Tanah Marang berusaha membangunkan laman web ini adalah bertujuan mendekatkan masyarakat secara amnya dan pegawai serta kakitangan Pejabat Daerah & Tanah khususnya dengan teknologi yang pesat berkembang ini. Ia juga sebagai langkah awal ke arah kerajaan eletronik, "Website" ini adalah permulaan dalam menyahut seruan YAB Perdana Menteri supaya kita tidak hanya memerhati sahaja terhadap revolusi maklumat ini. Kita perlu menyertainya, bahkan menerajuinya. Kata Perdana Menteri Lagi " Perubahan yang perlu dibuat kali ini adalah lebih sukar tetapi bukanlah di luar kemampuan kita. Yang penting ialah kesanggupan kita untuk memiliki kemahiran yang diperlukan melalui usaha yang gigih dan dedikasi. Kita boleh melakukannya dengan memahami IT memanfaatkannya, merealisasikan potensinya dan menggunakannya"

Pembinaan laman web ini adalah menandakan keazaman serta iltizam seluruh Pegawai dan Kakitangan Pejabat Daerah & Tanah Marang memasuki persaingan global bagi merealisasikan wawasan 2020 dan juga Wawasan Sihat demi kecemerlangan Perkhidmatan Awam keseluruhannya. Sebagai peserta baru dalam gelombang cyber sudah pasti laman web ini mempunyai banyak kekurangan dan kelemahannya. Oleh itu sebarang teguran dan komen akan diterima dengan hati yang terbuka.

Saya bagi pihak seluruh kakitangan Pejabat Daerah Dan Tanah Marang merakamkan berbanyak-banyak terima kasih di atas segala usaha dan pengorbanan semua pihak yang terlibat dalam pembinaan laman web ini.

Sekian, Terima kasih.

 

 

TUAN HAJI TUN AHMAD FAISAL BIN TUN ABDUL RAZAK

Pegawai Daerah & Pentadbir Tanah Marang