Bengkel hands-on berkenaan syit digital telah diadakan pada 18/1/2017 bertempat di bilik teknikal I.Bengkel tersebut telah dikendalikan oleh pihak Pejabat Tanah Dan Galian (PTG) negeri Terengganu di mana ia bertujuan untuk memberi penerangan berkenaan cara penggunaan sistem syit digital yang berasaskan perisian Mapinfo.Melalui penggunaan sistem tersebut semua Penolong Pegawai Tanah dan Pelukis Pelan di Pejabat Tanah Hulu Terengganu dapat melaksanakan tugas penyediaan pelan-pelan tanah dengan lebih efisyen dan menjimatkan masa.