Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

Selamat Datang kepada pengunjung-pengunjung laman web Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Nerus (PDTKN). Selari dengan ledakan era teknologi maklumat terkini, PDTKN tidak melepaskan peluang menggunakan medium komunikasi ini untuk berinteraksi dengan pelanggan-pelanggan kami bagi mendapatkan maklumat mengenai daerah Kuala Nerus.

Abad ini melihatkan perkhidmatan awam menerima gelombang dan ledakan hebat dari revolusi teknologi maklumat yang diterima menjadikan dunia tanpa sempadan.. Revolusi ini bergabung dengan teknologi komunikasi membentuk perubahan terhadap cara berurusan dengan rakyat yang dikenali sebagai masyarakat bermaklumat (information society) dan penjawat awam sebagai pekerja berilmu (knowledge workers). Maklumat ini memberi asas kepada pembentukan era K-ekonomi dunia dengan kefahaman bahawa pengetahuan (knowledge) merupakan sumber strategik dalam menjana pembangunan ekonomi serta penjana utama di dalam penciptaan kekayaan.

Kami menyedari lokasi strategik daerah ini sebagai penjana ekonomi, maka kami menawarkan perkhidmatan bagi memenuhi pengharapan daripada rakyat sejajar dengan konsep Transformasi Terengganu Baharu (TTB), kecil bagi kita, besar bagi rakyat. Kuala Nerus sebagai daerah bongsu di negeri Terengganu berkonsepkan Lembah Ilmu kerana dilimpahi dengan deretan institusi pendidikan utama serta limpahan urbanisasi pesat bandaraya Kuala Terengganu yang merangsangkan pertumbuhan sektor perniagaan dan perumahan sekaligus membentuk masyarakat muda kelas pertengahan generasi X dan Y yang menuntut perkhidmatan yang lebih efektif dan efisien di dalam perkhidmatan awam. Laman web ini juga diharapkan dapat memberikan maklumat kepada para pelancong untuk memilih daerah ini sebagai destinasi pelancongan sempena Tahun Melawat Terengganu 2017.

Sekian, Terima Kasih

 

DATUK TENGKU FAROK HUSSIN BIN TG. ABD JALIL

Pegawai Daerah/Pentadbir Tanah Kuala Nerus