06 Mac 2019 - Majlis Persaraan Dan Pertukaran Pegawai Dan Kakitangan Pejabat Daerah Dan Tanah Setiu telah diadakan di Dewan Sungai Tarom yang turut dihadiri oleh ketua-ketua jabatan di Daerah Setiu. Majlis ini adalah untuk meraikan kakitangan dan pegawai yang bersara dan ada yang telah bertukar ke jabatan lain. Turut diraikan kakitangan-kakitangan yang mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Bulanan di PDTS.