Pejabat Tanah Setiu telah menggerakkan satu kumpulan untuk kemudahan orang ramai iaitu 'Pembukaan Kaunter Pembayaran Cukai Tanah Di Luar Pejabat'. Kaunter bergerak ini akan beroperasi mengikut jadual dan kawasan yang telah ditetapkan. Kaunter ini akan memudahkan orang ramai yang berada jauh daripada pejabat tanah untuk menjelaskan cukai tanah mereka. Kumpulan ini akan bergerak memasuki kampung-kampung seperti Kampung Bukit Aman, Kg. Langkap, Kg. Pak Ba, Kg. Bukit Munduk, Kg. Gong Batu dan sebagaimana di jadual.

                                          Jadual Kutipan Cukai Tanah