2 Disember 2018 - Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah setiu 2018M / 1440H telah berlangsung di Dewan Serbaguna Sungai Tarom, Setiu. Setiap jabatan di Daerah Setiu terlibat dalam perarakan Maulidur Rasul. Majlis ini dirasmikan oleh YB. Haji Shaharizukirnain bin Abd. Kadir, Ahli Parlimen Setiu. Antara tetamu yang hadir ialah Tuan Haji Rosdi Bin Awang, Pegawai Daerah Setiu dan Ketua-ketua jabatan Daerah Setiu. Pejabat Agama Daerah telah mendapat Johan dalam pertandingan perarakan Maulidur Rasul manakala Naib Johan telah dimenangi oleh Majlis Daerah Setiu dan tempat ketiga dimenangi oleh Jabatan Kerja Raya Setiu. Tahniah diucapkan.