Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

 

Terima kasih dan selamat datang diucapkan kepada semua pengunjung Laman Web Rasmi Pejabat Tanah Setiu. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pentadbir laman web dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan laman web ini.

 

Laman web rasmi ini dibina bertujuan untuk memudahkan capaian maklumat dan memberi informasi kepada orang awam mengenai organisasi dan perkhidmatan di Pejabat Tanah Setiu. Pembangunannya adalah selaras dengan seruan kerajaan bagi memastikan setiap agensi kerajaan mempunyai laman web masing-masing.

 

Saya berharap dengan wujudnya laman web ini, ianya dapat memberi maklumat serta gambaran secara am mengenai pembangunan tanah di Daerah Setiu, khususnya tentang visi dan misi bagi Pentadbiran Pejabat Tanah Setiu. Berita-berita terkini berkaitan Pejabat Tanah Setiu akan dikemaskini dari semasa ke semasa bagi membolehkan orang ramai mengetahui peristiwa-peristiwa penting yang telah dan akan berlaku.

 

Sebarang pertanyaan, cadangan, komen serta maklumbalas bagi memantapkan dan meningkatkan mutu perkhidmatan serta pengurusan sistem maklumat di Pejabat Tanah Setiu amatlah dialu-alukan.

 

Akhir kata, selamat melayari Laman Web Rasmi Pejabat Tanah Setiu.

 

Sekian, terima kasih.

 

(TUAN HAJI ROSDI BIN AWANG)

PENTADBIR TANAH SETIU

“BERSAMA MENUJU SETIU MAJU”